Konsep bimbingan dan kaunseling

KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Konsep bimbingan dan kaunseling seakan sama namun terdapat perbezaan di antara keduanya. Bimbingan merupakan satu proses untuk membantu individu memahami diri dan persekitarannya. Proses yang dilalui adalah berperingkat-peringkat untuk mencapai matlamat yang ditentukan. Matlamat akhir ialah untuk mengubah pemikiran, emosi dan tingkahlaku yang lebih posititf agar individu berkenaan memperolehi kesejahteraan di dalam kehidupan mereka.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan bimbingan adalah salah satu perbuatan membimbing, memberi petunjuk. Ini beerti terdapat pihak yang mempunyai kemahiran untuk memberi petunjuk dan panduan yang boleh dimanfaatkan oleh seseorang. Kaedah membimbing ini boleh jadi dalam bentuk menghurai kepada sesuatu permasalahan sehinggalah orang yang dibimbing memperolehi jalan penyelesaian. Nasihat juga merupakan elemen yang ada dalam proses tersebut.

Menurut Shertzer & Stone (1992) pula menyatakan bahawa bimbingan merupakan suatu proses yang membantu individu memahami diri mereka dan dunia mereka. Ini beerti individu akan diberi bimbingan untuk mengenali diri individu dalam pelbagai aspek. Individu yang memahami kekuatan dan kelemahan diri akan menjadikan individu lebih menerima dirinya sendiri. Ini akan menghindarkan individu tersebut mengalami konflik diri. Ia juga akan membantu individu untuk berinteraksi dengan persekitaran dengan lebih harmoni.

Bimbingan pula adalah merupakan suatu proses untuk membantu individu membuat keputusan penting dalam kehidupan klien. Bimbangan juga melibatkan proses yang melibatkan tindakan-tindakan atau langkah-langkah untuk mencapat matlamat klien. Kaunselor akan memainkan peranan seperti yang sepatutnya dimulai dengan langkah pembentukan atau penjelasan matlamat klien. Klien juga dibantu untuk mencari jalan bagaimana menentukan tindakan yang sepatutnya diambilnya pada masa sekarang dan masa hadapan. 

Kaunseling pula adalah suatu proses pertolongan yang lebih menumpukan perhatian kepada membantu individu mengatasi kebuntuan, kekusutan fikiran untuk meneruskan kehidupan yang lebih tenteram. Kaunseling memberi manfaat dalam semua bidang kehidupan. Ini adalah kerana kaunseling itu sendiri mampu merentasi bidang-bidang mencakup segala aspek kehidupan manusia. 

Menurit kamus Dewan dan Bahasa kaunseling didefinisikan sebagai suatu proses teratur yang melibatkan perbincangan rapi tentang masalah yang dihadapi oleh seseorang dan segala usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat.

Menurut Cormier & Hackney 1987 pula menyatakan bahawa kaunseling merupakan satu perhubungan menolong di antara seseorang yang terlatih dan mahir dalam teknik menolong secara pertuturan dan mempunyai pengetahuan mengenai perlakuan manusia, dengan seseorang yang meminta bantuan sama ada secara sukarela ataupun paksaan. 

Menurut Akta Kaunseling 1998 pula mendefinisikan kaunseling sebagai suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk capai suatu perubahan dan kemajuan. 

Kaunseling adalah satu proses pertolongan yang dibimbing oleh kaunselor. Bimbingan ini akan memberikan celik akal kepada klien untuk membuat keputusan sendiri. Keputusan tersebut adalah bermatlamat agar klien dapat memperbaiki diri dari aspek yang lemah ke arah perubahan yang lebih positif.


















Comments

Popular posts from this blog

TEORI KAUNSELING (ABRAHAM MASLOW)

RUMUSAN