MATLAMAT KAUNSELING
n MENGAJAR KLIEN UNTUK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS DIRINYA
Klien diajar bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Sifat ‘lepas tangan’ tidak mendatangkan hasil yang baik. Seandainya timbul sebarang, klien yang bertanggungjawab ke atas dirinya dan tidak akan menyalahkan orang lain.
n MENGAJAR KLIEN MENYESUAIKAN DIRI DENGAN KEADAAN
Penyesuaian diri sama ada dengan orang lain atau persekitaran amat penting. Klien yang tidak tahu atau tidak mahu belajar menyesuaikan diri akan mengalami banyak konflik. Klien perlu sedar bahawa dia tidak boleh mengharapkan orang lain atau persekitaran tidak akan berubah.
n MEMPERBAIKI IMEJ DIRI YANG NEGATIF
Imej diri yang negatif merupakan halangan bagi klien untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang tindakan. Kaunselor membimbing klien membentuk imej yang positif . Imej dari yang positif menandakan kestabilan personaliti
n MEMBIMBING KLIEN MENCARI DAN MEMUPUK SUMBER DALAMAN
Kaunseling menyedarkan klien bahawa setiap manusia mempunyai kelebihannya sendiri. Klien sering tidak mempedulikan sumber dalaman yang dimilikinyadan seterusnya mengakibatkan helplessness. Klien yang menggunakan sumber dalamannya akan berasakan bahawa dia boleh mengawal perjalanan hidupnya
n MEMBANTU KLIEN MENJADI LEBIH PRODUKTIF
Kaunselor membimbing klien supaya menyedari bahawa hidup ini tidak statik. Klien tidak boleh berdiam sahaja sambil mengimpikan satu kehidupan yang berkesan dan memuaskan
n MEMPERTINGKATKAN KEMAMPUAN KLIEN MEMBUAT KEPUTUSAN
Klien sering mengelakkan diri daripada membuat keputusan ini kerana tugas dan proses membuat keputusan bukanlah sesuatu perkara yang menyeronok atau menyenangkan. Banyak masalah timbul kerana klien tidak memberi kata putus. Kaunselor membimbing klien melalui proses membuat keputusan. Keputusan yang matang memerlukan klien mengambil kira faktor pengorbanan peribadi, masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya.
Comments
Post a Comment