PROSES KAUNSELING INDIVIDU


  • PROSES MEMBINA HUBUNGAN : Proses dimana klien mengukur kaunselor sama ada benar-benar boleh dipercayai sama ada dia mendengar apa yang klien perkataan atau sekadar berpura-pura. Bukan itu sahaja, reaksi lisan dan rekod bukan lisan kaunselor amatlah memainkan peranan yang penting bagi mewujudkan rasa percaya klien kepada kaunselor dan mengetahui tentang latar belakang serba sedikit tentang diri klien. Di tahap yang pertama ini iaitu proses membina hubungan ini perkara yang sangat dtitikberatkan ialah membina hubungan dan penstrukturan

  • PROSES PENSTRUKTURAN : Proses ini dilakukan untuk memberikan penjelasan tentang tujuan kaunselingyang dijalankan, tanggungjawab kaunselor atau klien, pemfokusan dan limitasi. Selain itu, tahap penstrukturan semula ini menentukan sifat batasan dan matlamat perhubungan.Dalam Proses penstrukturan kaunselor boleh memberitahu klien langkah-langkah yang diambil

  •  PROSES PENEROKAAN : Proses ini dijalankan untuk tujuan menimbulkan kepercayaan klien kepada kaunselor dimana klien merasakan kaunselor berminat untuk membantu dirinya dalam menyelesaikan pemasalahan yang klien hadapi. Menurut Charfuff dan Anthony (1979) telah menyatakan bahawa tahap penerokaan adalah dilakukan bagi membantu individu melihat dimanakah mereka berada. Bukan itu sahaja, tugas kaunselor dalam membantu klien ialah membimbing klien meneroka situasi dirinya ke arah jalan penyelesaian yang diinginkan oleh klien dengan memberikan sokongan kepada mereka 

  • PROSES SEMAK ALTERNATIF : Proses ini dilakukan setelah matlamat kaunseling jelas, diperolehi daripada klein. Kaunselor perlulah mendorong klien membuat perancangan langkah-langkah yang difikirkan sesuai bagi membantu diri klien mengatasi masalah yang dihadapi olehnya. 

  • PROSES MENGAMBIL TINDAKAN : Sebuah pelan tindakan yang diambil oleh klien dengan bantuan yang kaunselor telah berikan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh klien. Pelan yang dipilih mestilah realistik iaitu boleh dicapai oleh klien supaya dapat memudahkan klien mengambil tindakan. 

  • PROSES PENAMATAN : Setelah mendapati klien boleh berdiri dan yakin terhadap tindakan yang diambil kaunselor berhak menamatkan sesi yang telah berlangsung antara kaunselor dengan klien. Bukan itu sahja, proses penamatan berfungsi  untuk menunjukkan sesuatu yang ingin ditamatkan, peluang untuk mengakhiri satu pengalaman pembelajaran yang baik peribadi dan professional

  • PROSES SUSULAN : Proses ini merupakan proses menyemak untuk melihat bagaimana klien melakukannya dan menghormati apa-apa masalah yang timbul ke atas klien. Melalui susulan ini juga, seorang kaunselor dapat menekankan penjagaan kaunselor yang tulen dan mengambil berat tentang kliennya. Susulan dibimbing dalam jangka masa pendek 3 hingga 6 minggu dan jangka masa panjang sekurang-kurangnya selepas 6 bulan penamatan. 

Comments

Popular posts from this blog

TEORI KAUNSELING (ABRAHAM MASLOW)

RUMUSAN

Konsep bimbingan dan kaunseling